"Don't FROWN. You never know who is falling for your smile :)"

Monday 20 October 2014

Cerita cinta Ahmad Ammar :')

Posted by nrhdynrizam
Ahmad Ammar Ahmad Azam

'Si Syahid Yang Tertangguh'

Subhanallah . Subhanallah .Subhanallah .


Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, merupakan pelajar Malaysia yang menuntut di Turki.Beliau dilahirkan pada tahun 1993 dan meninggal dunia dalam usia 20 tahun. Almarhum merupakan seorang pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul.

Usia muda bukan penghalang buat Almarhum untuk menuntut ilmu. Beliau mengambil peluang dalam usia muda ini mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria.

Ketika menyertai misi kemanusiaan, Ahmad Ammar berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Hasrat Ammar untuk syahid di Syria tidak kesampaian. Tanggal 2 November 2013 (Sabtu), beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Ketika melintas sebatang jalan raya, Ammar telah dirempuh oleh sebuah ambulans. Kejadian tersebut meragut nyawa Almarhum buat selama-lamanya.


Ketika jenazah dimandikan dan dikafankan, wajah beliau berseri dan kelihatan senyum. Malah air titisan peluh masih mengalir di wajahnya, seolah beliau masih hidup. Ulama menyatakan beliau telah syahid berdasarkan tanda-tanda tersebut yang disandarkan kepada beberapa dalil.

Jenazah beliau diberi penghormatan yang tinggi. Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Pemergian Ammar membuka mata kita untuk memikirkan tentang skop jihad yang luas. Ya, ramai antara kita masih berfikiran paranoid apabila menganggap jihad hanya melalui senjata, kekerasan dan peperangan. Malah pemikiran sebegitu pada hakikatnya merugikan ummah itu sendiri.

Pemergia Ammar (insyaAllah syahid) menjadi saksi bahawa beliau telah melakukan satu jihad yang besar dalam menuntut ilmu disamping menyumbang tenaga untuk ummah walaupun melalui bantuan kemanusiaan. Semangat ini wajar dijadikan contoh generasi remaja kita. Matlamat syahid boleh dicapai oleh sesiapa sahaja

"Ammar adalah 'Muhammad al-Fateh Malaysia' yang telah berjaya membuka mata hati umat yang leka dan alpa selama ini. Arwah adalah anak muda yang berjaya menyedarkan seluruh penduduk bumi, tanpa mempunyai sebarang jawatan tinggi dan tidak pula perlu bersuara lantang untuk menyuarakan kehendak dan tuntutan umat" - Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.



Ini video Tribute To Ahmad AMmar oleh Raqib Majid ft UNIC


 

i'm only human :') Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea