"Don't FROWN. You never know who is falling for your smile :)"

Sunday 21 September 2014

zentangle :)

Posted by nrhdynrizam
Assalamualaikum .
Mari kita mengenali zentangle.
Apa itu zentangle ?
Berlainan dengan doodle.
Zentangle adalah suatu hasil lukisan yang mempunyai corak yang berulang-ulang .

Jom lihat contoh-contoh hasil zentangle .
Ehsan Mr Google .





Cantik kan . Kreatif kan .
Ayuhlah kita bersama-sama mengembangkan kreativiti diri dengan
ber'zentangle' ! ;-)

Serlahkan bakatmu !

Saturday 20 September 2014

Apa cita-cita awak ?

Posted by nrhdynrizam

Assalamamualaikum

"Hidayah, apa cita-cita awak?" tanya rakan-rakan kepada saya. 
Sungguhlah saya tak tahu saya nak jadi apa. Lepas SPM nak masuk bidang mana. Patut sambung bidang sains yang memang saya minat atau ikut cakap mak ayah. 

Dipendekkan cerita, semua borang UPU,Darul Quran, Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) saya isi. 

Menjadi seorang GURU . 

Alhamdulillah , mungkin ini jalan yang telah ditetapkan .

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Insya Allah bakal menjadi saksi kemenjadian seorang bakal guru pemulihan :)






Tuesday 16 September 2014

DOODLE :)

Posted by nrhdynrizam
doodle !
siapa tahu apa itu doodle ?    *angkat tangan tinggi-tinggi !
Saya baru berjinak-jinak dalam doodle ni. Sangat menarik

Doodles adalah suatu lukisan contengan yang dilakukan tanpa sedar. Boleh juga ditafsirkan sebagai  lakaran coretan yang dilakukan tanpa perlu memikirkan sesuatu perkara yang berat. Memiliki maksud abstrak tersendiri dengan identiti hasil dari susunan corak yang terlintas difikiran secara pantas. Lukisan selalunya terdiri daripada landskap, watak komik dan tv, corak geometric & organik, dan apa sahaja yang coretan secara cepat dan ringkas. -Sharih Ahmad.

Jom tengok apa Wikipedia  terangkan tentang doodle ni :


A doodle is an unfocused drawing made while a person's attention is otherwise occupied. Doodles are simple drawings that can have concrete representational meaning or may just be abstract shapes.


Stereotypical examples of doodling are found in school notebooks, often in the margins, drawn by students daydreaming or losing interest during class. Other common examples of doodling are produced during long telephone conversations if a pen and paper are available.


Popular kinds of doodles include cartoon versions of teachers or companions in a school, famous TV or comic characters, invented fictional beings, landscapes, geometric shapes and patterns, textures, banners with legends, and animations made by drawing a scene sequence in various pages of a book or notebook.
Wikipedia 
Doodle  boleh disimpulkan sebagai satu lukisan yang dilukis dalam keadaan santai. Bagi saya ini adalah hobi masa lapang dan salah satu cara meluahkan perasaan. Ada orang melepaskan tekanan dan luahkan perasaan melalui diari, lagu dan pelbagai lagi termasuklah doodle. Terdapat pelbagai cara untuk berdoodle iaitu secara manual dengan menggunakan kertas dan pen. Selain itu, terdapat aplikasi untuk membuat doodle seperti 'Paint Tool Sai' dan lain-lain.



*gambar ehsan dari Mr.Google :)

 

i'm only human :') Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea