"Don't FROWN. You never know who is falling for your smile :)"

Monday 20 October 2014

Telefon Bimbit Berisiko !

Posted by nrhdynrizam


Antara kesan buruk bila kerap menggunakan telefon bimbit:

1.Boleh merosakkan sel-sel darah

Menurut Para saintis sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka

2.Boleh mengancam DNA manusia

Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)

3.Boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma

Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma,demikian menurut penyelidikan daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN,Dis 2008)

4.Boleh Merosakkan Daya Ingatan

Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English)

Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.


5.Risiko Barah Otak

Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

6.Boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

7.Menyebabkan sakit kepala dan lesu
 

i'm only human :') Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea